Manhaj Salaf

menggali pemahaman generasi shaleh di atas manhaj yang lurus.

Hukum Memelihara Jenggot

Termasuk yang urgen dalam permasalahan kita ini, ialah tentang memelihara janggot. Untuk ini Ibnu Umar telah meriwayatkan dari Nabi s.a.w. yang mengatakan sebagai berikut: “Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggot dan cukurlah kumis.” (Riwayat Bukhari)

Perkataan i’fa (pelihara) dalam riwayat lain diartikan tarkuha wa ibqaauha (tinggalkanlah dan tetapkanlah).

Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara janggot dan mencukur kumis, iaitu supaya berbeza dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksud orang-orang musyrik di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api, dimana mereka itu biasa menggunting janggotnya, bahkan ada yang mencukurnya.

Perintah Rasulullah ini mengandung pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai kepribadian tersendiri serta berbeza dengan orang kafir lahir dan batin, yang tersembunyi mahupun yang tampak. Lebih-lebih dalam hal mencukur janggot ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan. Sebab janggot adalah lambang kesempurnaan laki-laki dan tanda-tanda yang membezakan dengan jenis lain.

Namun demikian, bukan berarti samasekali tidak boleh memotong janggot dimana kadang-kadang janggot itu kalau dibiarkan boleh panjang yang menjijikkan yang dapat mengganggu pemiliknya. Untuk itulah maka janggot yang demikian boleh diambil/digunting kebawah mahupun kesamping, sebagaimana tersebut dalam hadis rlwayat Tarmizi. Hal ini pernah juga dikerjakan oleh sementara ulama salaf, seperti kata Iyadh: “Mencukur, menggunting dan mencabut janggot dimakruhkan. Tetapi kalau diambil dari panjangnya atau ke sampingnya apabila ternyata janggot itu besar (tebal), maka itu satu hal yang baik.”

Dan Abu Syamah juga berkata: “Terdapat suatu kaum yang biasa mencukur janggotnya. Berita yang terkenal, bahawa yang berbuat demikian itu ialah orang-orang Majusi, bahawa mereka itu biasa mencukur janggotnya.” [24]

Kami berpendapat: Bahawa kebanyakan orang-orang Islam yang mencukur janggotnya itu lantaran mereka meniru musuh-musuh mereka dan kaum penjajah negeri mereka dan orang-orang Yahudi dan Kristian. Sebagaimana kelazimannya, bahawa orang-orang yang kalah senantiasa meniru orang yang menang. Mereka melakukan hal itu jelas telah lupa kepada perintah Rasulullah yang menyuruh supaya mereka berbeza dengan orang-orang kafir. Di samping itu mereka telah lupa pula terhadap larangan Nabi tentang menyerupai orang kafir, seperti yang tersebut dalam hadisnya yang mengatakan: “Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia itu termasuk golongan mereka.” (Riwayat Abu Dawud)

Kebanyakan ahli-ahli fiqih yang berpendapat tentang haramnya mencukur janggot itu berdalil perintah Rasul di atas. Sedang tiap-tiap perintah asalnya menunjukkan pada wajib, lebih-lebih Rasulullah sendiri telah memberikan alasan perintahnya itu supaya kita berbeza dengan orang-orang kafir. Dan berbeza dengan orang kafir itu sendiri hukumnya wajib pula.

Tidak seorang pun ulama salaf yang meninggalkan kewajiban ini. Tetapi sementara ulama-ulama sekarang ada yang membolehkan mencukur janggot kerana terpengaruh oleh keadaan dan memang kerana bencana yang telah meluas. Mereka ini berpendapat, bahawa memelihara janggot itu termasuk perbuatan Rasulullah yang bersifat duniawiah, bukan termasuk persoalan syara’ yang harus ditaati. Tetapi yang benar, bahawa memelihara janggot itu bukan sekadar fi’liyah Nabi, bahkan ditegaskan pula dengan perintah dan disertai alasan supaya berbeza dengan orang kafir,

Ibnu Taimiyah menegaskan, bahawa berbeza dengan orang kafir adalah suatu hal yang oleh syara’ ditekankan. Dan menyerupai orang kafir dalam lahiriahnya dapat menimbulkan perasaan kasih dalam hatinya, sebagaimana perasaan kasih dalam batin dapat menimbulkan perasaan dalam lahir. Ini sudah dibuktikan sendiri oleh suatu kenyataan dan diperoleh berdasarkan suatu percubaan.

Selanjutnya ia berkata: Al-Quran, Hadis dan Ijma’ sudah menegaskan terhadap perintah supaya berbeza dengan orang kafir dan dilarang menyerupai mereka secara keseluruhannya. Apa saja yang kiranya menimbulkan kerusakan walaupun agak tersembunyi, maka sudah dapat dikaitkan dengan suatu hukum dan dapat dinyatakan haram. Maka dalam hal menyerupai orang kafir pada lahiriahnya sudah merupakan sebab untuk menyerupai akhlak dan perbuatannya yang tercela, bahkan akan boleh berpengaruh pada kepercayaan. Pengaruhnya ini memang tidak dapat dikonkritkan, dan kejelekan yang ditimbulkan akibat dari sikap menyerupai itu sendiri kadang-kadang tidak begitu jelas, bahkan kadang-kadang sukar dibuktikan. Tetapi setiap hal yang menjadi sebab timbulnya suatu kerusakan, syara’ menganggapnya suatu hal yang haram [25].

Dari keterangan-keterangan di atas dapat kita simpulkan, bahawa masalah mencukur janggot ini ada tiga pendapat:

1. Pendapat pertama: Hukumnya haram. Yang berpendapat demikian, ialah Ibnu Taimiyah dan lain-lain.
2. Pendapat kedua: Makruh. Yang berpendapat demikian ialah Iyadh, sebagaimana tersebut dalam Fathul Bari. Sedang ulama lain tidak ada yang berpendapat demikian.
3. Pendapat ketiga: Mubah. Yang berpendapat demikian sementara ulama sekarang.

Tetapi barangkali yang agak moderat dan bersikap tengah-tengah iaitu pendapat yang menyatakan makruh. Sebab tiap-tiap perintah tidak selamanya menunjukkan pada wajib, sekalipun dalam hal ini Nabi telah memberikan alasannya supaya berbeza dengan orang kafir. Perbandingan yang lebih mendekati kepada persoalan ini ialah tentang perintah menyemir rambut supaya berbeza dengan orang Yahudi dan Kristian. Tetapi sebahagian sahabat ada yang tidak mengerjakannya. Oleh kerana itu perintah tersebut sekadar menunjukkan sunnat.

Betul tidak ada seorang pun ulama salaf yang mencukur janggot, tetapi barangkali saja kerana mereka tidak begitu memerlukan, kerana memelihara janggot waktu itu sudah menjadi kebiasaan mereka.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: